Thursday, May 17, 2007

Bukan Mudah....

Memang bukan mudah nak buat keputusan dalam hidup ni. Semalam saya didatangi seorang staf Prudential. Dia menawarkan polisi insurans 3 dalam 1. Kita bayar insurans sekali tapi kita dapat 3 iaitu perlindungan, perubatan dan pelaburan.
Perlindungan maksudnya insurans nyawa kita. Kita tak tau apa akan jadi pada kita pada masa depan. Apa yang akan terjadi pada anak isteri kita andai kita 'pergi' buat selamanya. Perubatan pulak, sekiranya kita sakit hatta demam biasa pun kita still dapat elaun wad, elaun MC dan sebagainya. Paling rendah kita boleh dapat elaun tu, RM 150. Saya dapat yang RM300 sehari. Pelaburan pula, kita boleh keluarkan duit simpanan tu setelah 6 tahun bersama-sama dengan dividennya sekali. Berbanding dengan kita simpan dalam ASB. Kita hanya menyimpan tapi tiada perlindungan insurans dan perbelanjaan perubatan yang istimewa. Kita hanya perlu bayar perbelanjaan perubatan di Hospital Swasta serendah RM300 dan setinggi RM1000. Contohnya, kita masuk hospital swasta, bayaran RM200. Kita tetap kena bayar RM300. Tetapi kalau bilnya RM1000 lebih hatta sampai ratus ribu pun, kita hanya perlu bayar RM1000. Untung tak?
Bagi yang berminat, boleh emel saya.

Wednesday, May 16, 2007

Salam Fatihah

Assalamualaikum.

Salam muhibbah kepada semua rakyat Malaysia dan juga di seluruh dunia. Kita di Malaysia hidup aman damai merupakan satu anugerah dan nikmat yang tidak dapat di balas melainkan dengan rasa kesyukuran kepada-NYA. Namun begitu, kita jangan terlalu leka dan alpa dengan nikmat ini. Kekalkan perpaduan, kukuhkan ukhuwah, semaikan tali persaudaraan, kekalkan tali persaudaraan semoga kita hidup sentiasa dicintai dan disayangi semua orang disekelilingi kita mahupun dari Yang Maha Pencipta.
Lidah Setajam Pedang, antara maksudnya ialah kata-kata yang keluar dari mulut kita boleh melukakan hati orang yang mendengar atau membacanya. Sememangnya negara kita bebas untuk bersuara namun jangan dilupa adab ketimuran kita. Sentiasa menjaga hati dan perasaan orang lain. Teguran berasas dan membina. Teguran secara berhikmah. Sebagaimana pesanan orang bijak pandai, "Berfikir sebelum cakap".
Semoga saya dan anda di luar sana sentiasa menjaga lidah daripada menikam hati orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan.

Sekian, salam muhibbah.