Tuesday, November 10, 2009

Hezriq Setahun Di Genting






Bagi meraikan Hari Ulangtahun Kelahiran anakku, Hezriq yang pertama, kami bawanya berseronok di Genting Highlands. Berikut adalah aksi-aksi seronok dia di Genting Highland.

Thursday, October 29, 2009

Hezriq Permata Hatiku





Salam semua kenalanku. Lama dah rasanya tak update blog ni. Sibuk melayan Hero aku, tak sempat nak update blog ni. Bulan depan genap setahun usia Hero aku tu. Bestnya tentang Hero aku ni, kebanyakan benda baru yang dia buat, aku dapat lihat dengan mata kepala ku sendiri. Dari dia mula nak merangkak sampaila sekarang dia dah hebat berjalan. Aku masih ingat lagi tarikh dia mula berjalan dalam 5 langkah. Pada 25hb September bersamaan 5 Syawal kalau tak silap aku. Masa tu kat rumah Mak Abah aku kat Taman Nira. Mak aku buat open house masa tu. Hero aku tu berdiri tepi tv sebab dia memang suka tekan-tekan button ON/OFF tv ni. Sedang aku tengah syok tengok tv, tetiba dia melintas depan aku. Terkejut berbaur gembira melihat Hero aku ni dah berjalan. Start dari malam tu, dia rajin nak berjalan. Walapun sekali sekala jatuh terduduk Hero aku ni jenis tak berputus asa. Sekarang jangan kan berjalan, dia dah mula belajar nak berlari. Suka berbaur risau pulak sebab belum setahun lagi tapi dia dah berani nak berlari. Risaunya dia jatuh je. Cumanya Hero aku ni, belum tumbuh gigi lagi. Cuma nampak bayang-bayang giginya jer.Tapi orang-orang tua kata, bagus lambat tumbuh gigi ni. Nanti lambat giginya jatuh. Apapun, aku bangga menjadi seorang Papa, Ayah dan Abah kepada Hero Hezriq aku seorang ni.

Monday, July 27, 2009

Campak

Demam campak sememangnya sudah sinonim dengan masyarakat kita. Bila terkena jangkitan campak ni, mulalah parents akan carikan air kelapa muda untuk anaknya. Anak aku yang baru berusia 8 bulan tak terkecuali dari terkena campak ni. Campak ni tak kenal usia. Isteriku menangis setiap kali memandang wajah anakku yang teruk dijangkiti campak. Wajah yang sebelum ini gebu kini berbintik-bintik merah. Lagila anak aku ni kulitnya putih macam cina. Pelbagai usaha aku lakukan untuk pastikan anak aku bebas dari campak ni pada awal jangkitan ini. Campaknya bermula dibahagian dada. Aku dan isteri bawa berjumpa dengan swasta, LitaAlis di presint 9. Ubat yang diberikan adalah ubat sapu. Hari seterusnya, campak di badan anak aku makin bertambah banyak. Kami bawa ke klinik kerajaan tapi doktor-doktor kerajaan termasuk doktor pakar menafikan anak aku kena campak sebab dia tak demam. Teori mereka kalau campak mesti demam sebab dah namanya Demam Campak. Tapi makcik-makcik kat klinik tu semuanya kata anak aku kena campak. Doktor Vs Orang Lama. Aku ikut je nasihat parents dan mertua aku supaya berikan air kelapa kat anakku. Tujuannya untuk menyejukkan badannya dan bagi campak tu keluar habis. Takdelah nanti anakku kena lagi. Anakku cuma minum sikit je air kelapa tu. Umur 8 bulan manalah suka minum air selain dari air susu dan air masak.. Lepas bagi tu, tak nampak perubahan sangat. Isteriku minta aku cari daun semambu sebab katanya ada artikel di Internet daun ni mampu menghilangkan gatal-gatal campak ni selain mempercepatkan campak ni hilang. Aku cari di Taman Warisan Pertanian. Mandikan anakku dengan daun semambu tu. Ada petua lain pulak, daunnya letakkan di bawah alas tilam tempat budak yang kena campak tu tido. Kini seminggu telah berlalu. Campak anakku pun dah semakin pulih. Lagi seminggu dua InsyaAllah dia kembali seperti sediakala. Semua ni mengajar aku untuk menjadi seorang papa yang bertanggungjawab kerana pada masa yang sama, isteriku sakit mata. Alhamdulillah tak mengjangkit aku dan lebih-lebih lagi anakku yang tersayang tu.