Monday, September 3, 2007

Perkahwinan Kembar..

Akhirnya kawan-kawanku telah menamatkan zaman bujangnya pada 1hb September... Tinggal aku sorang je lom lagi.. Huhuhu... Sian aku... Actually diaorang dah nikah pada Julai dan Ogos hari tu.. Sebab orang tua kata, kalau adik beradik tak elok nikah saing atau nikah dalam bulan yang sama. Nanti salah seorang akan meninggal. Bila meninggalnya pun aku tak tau.. Sebab manusia memang akan meninggal dunia pun nanti satu hari nanti.. Takpela, orang tua yang cakap, kena dengar. Perkahwinan ni special sikit sebab diaorang ni kembar. Along atau nama sebenarnya Mohd Ali Hanafiah bersama pasangannya yang bertudung, Sharifah Latifah. Angah atau namanya Muhamad Suffian bersama pasangannya....tak ingatla nama dia.. panjang sangat nama dia sampai terlupa aku.. hehehehe... Dia orang ni memang ni kawan baik aku sejak dari sekolah menengah lagi.. Rasa macam baru semalam je kita orang abis SPM, la ni dah berkahwin dah.. Hehehe.. Semoga dia orang kekal bahgia hingga ke akhir hayat..







No comments: