Wednesday, July 18, 2007

Malaysia Vs Iran

Well Done!! Matlamat utk mengurangkan jaringan gol yang dicipta lawan tercapai iaitu 2-0. Persembahan yang menghiburkan.. Sebelum perlawanan semalam, aku mengjangkakan Harimau(maskot FAM) akan menjadi harimau sarkas di mana pemain Malaysia akan diperkotak katikkan.. Tapi ternyata mereka berlawan bersungguh-sungguh. Cuma aku agak tak berpuas hati dengan persembahan mereka pada 10 minit terakhir permainan.. Mereka seperti layu dan tidak bersemangat utk menjaringkan gol. Sepatutnya walaupun mereka ketinggalan 2-0, gol harus di cari.. Shukor Adan kelihatan berpuas hati dengan percubaan cantik dari beliau yang berjaya ditepis keluar penjaga gol Iran. Pada 10 minit terakhir, kita boleh lihat pemain malaysia hanya berjalan dan melihat rakan yang memegang bola terkial-kial mencari pemain.. Rakan saya yang lain memberi MoM kepada Shukor Adan tapi bagi saya, tidak. Selepas daripada Piala Asia ini, kita harap pengurusan atasan dapat mencari formula baru untuk meningkatkan mutu permainan bolasepak kita. Harapnya selepas ini Harimau kita mengaum "Aaaum!!!!" dan bukannya "Aauu.. tak kuasa u..". "Majulah Sukan Bolasepak Untuk Rakyat Malaysia".

No comments: