Friday, January 29, 2010

Apartment Or Terrace


Itulah persoalan yang sering bermain difikiran aku sekarang. Antara memilih rumah apartment atau rumah teres. Bunyinya macam aku nak beli rumah tapi sebenarnya baru-baru ni aku ditawarkan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah untuk menduduki kuarter apartmen kat Presint 15. Aku dah pegi survey rumah. Besar tu memangla besar. Tapi aku masih ada Q dalam kuarters rumah teres. Setakat hari ni Q aku no 299. Kalau aku terima rumah apartment ni, bermakna Q aku dalam kuarters kelas E (rumah teres) akan hilang. Kelebihan apartment ialah tak perlu naik turun tangga setiap hari. Kelemahannya pula, kereta parking merata-rata... Kelebihan teres, parking dah kompom depan rumah.. Kelemahannya pulak, rumahnya dua tingkat. Bilik kat atas.. Jenuh jugak la nak kena naik turun tangga setiap hari.. dari sudut lain, bagus untuk kesihatan sebenarnya. Cuma Hezriq sekarang dah pandai berjalan. Kompom main tangga setiap hari.. takut jatuh tangga. Jatuh biasa-biasa tu takpela jugak. Takut kecederaan serius.. Akhirnya aku decide untuk tunggu je Q teres. Kalau tak dapat teres yang kat Presint 15 tu, barula aku down grade amek apartment kat presint 15 tu jugak. Minta-mintala dapat kuarters teres tu.. Amiiin...

No comments: