Tuesday, February 23, 2010

Hezriq Masuk Hospital


Heroku masuk wad pada Isnin petang 15 Februari 2010 kerana kurang garam dalam badam kata doktor. Jadi badannya lemah. Masuk air garam sebotol lebih. Saat paling menyedihkan bila aku terpaksa melihat jarum menusuk tangan heroku. Tapi tak berjaya cucuk ke urat sebab tangannya yang chubby. So, terpaksa cucuk di kaki. saat heroku meraung menahan kesakitan di cucuk di kiri dan di kanan tangan, aku menahan air mata daripada mengalir. Bila semua dah selesaidan heroku pun berehat tido, saat itulah airmataku mengalir. Implikasi kurangnya garam dalam badannya ialah dia kerap muntah apabila minum atau makan sesuatu dan berak cair. Orang kata mungkin sebab dia makan banyak limau gong xi fa cai. Limau tu jenis yang inject, so maybe banyak asid yang menyebabkan garam dalam badan kurang dan dia heroku hanya mencari air masak jer. Air lain dia tak nak. Aku dan isteriku la yang menjaga dia sepanjang malam di Hospital Batu Pahat. Mujur ada katil kosong kat sebelah. Petang Selasa tu, doktor maklumkan Hezriq dah boleh keluar hospital. Alhamdulillah.